Presidennya Dr Ferri Anugerah Makmur berkata, persiapan kini giat dijalankan menjelang penganjurannya yang dijadualkan berlangsung di destinasi pelancongan terkemuka itu pada 2 hingga 4 Mei nanti.
"Saya yakin program bersifat antarabangsa ini bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia. Maka saya yakin Kementerian Pelancongan memberikan sokongan yang sangat-sangat hebat, Insya-Allah.
"Kami ada barisan artis antarabangsa yang sudah pun memberikan pengesahan untuk datang. Dan nanti akan kami kongsikan nama-nama mereka, termasuklah bintang-bintang besar dari Bollywood.