KUALA LUMPUR: Bahang Festival Filem Antarabangsa Langkawi (LIFF) 2026, Mei depan kian terasa apabila penganjur mengumumkan senarai pendek filem yang bakal bersaing dalam lima kategori utama membabitkan penyertaan negara dari Asia, Eropah, Amerika Selatan dan Afrika.

Menampilkan kategori International, Asia, Echoes of Palestine, Animation dan Documentary, edisi kali ini menyaksikan kepelbagaian karya yang mencerminkan suara, budaya dan perspektif berbeza dari seluruh dunia.

Dalam perkembangan sama, dua filem animasi pendek tempatan, Whirl dan All We Have Left turut mencuri perhatian apabila berjaya menempatkan diri dalam senarai pendek kategori Animation.

Whirl adalah karya animasi bergenre drama arahan Shu En Wang yang turut bertindak sebagai penulis skrip dan penerbit.

Diterbitkan pada 2024, filem pendek berdurasi satu minit 55 saat itu dihasilkan di Malaysia dan disampaikan tanpa dialog serta tidak menggunakan sari kata, dengan barisan pelakon merangkumi sepenuhnya watak animasi tanpa pertuturan.

READ MORE...